Wednesday, July 1, 2009

PLKN... kenapa kau tidak dikehendaki?




Apa yang nak diceritakan disini adalah ketidaksudian aku untuk menjejakkan kaki ke sana...never!!!

Ok, lets continue...
Malam semalam aku menerima mesej dari sepupu aku yang baik dan cute tentang kemasukan PLKN. Aku tak reply mesej dia but aku terus call dia...senang, cepat dan mudah..
Then,
Bila aku call dia, dia suruh aku check it out nama aku kalau-kalau aku tersenarai sebagai pelatih PLKN.

Senang saja, anda cuma taipkan..

PLKN SEMAK (no ic) dan hantar ke 15888..promote jap..

Aku menanti dalam debaran..yela, mana la tahu kalau2 aku terpilih kan..tapi kalau aku dapat, aku akan pengsan dan x bangun2 sehingga keesokan harinya disebabkan aku Tak Nak Pergi..kuh3..
Dalam lebih kurang 10 minit, aku mendapat jawapannya..berdebar ni..risau dapat la...

Pastu, bila aku opening mesej, tertera tulisan ini..

No KP anda tidak terdapat dalam senarai yang dipilih..
hahaha...aku melompat keriangan seperti kanak2 ribena yang sedang minum ribena..betapa gumbiranya hatiku..seperti terbang dilangit biru..wah, sastera gitu..

Kenapa aku taknak PLKN??...
sebabnya,

1) Lepas SPM aku nak kerje cari duit poket sendiri...lagi banyak dari elaun PLKN...HUK3
2) Aku nak rehatkan otak dan fizikal aku setelah sekian lama aku dimedan perang..spm la tu..
3) Aku nak luangkan masa aku bersama MR. E memandangkan aku jarang nak luangkan masa even we all jumpa hari2 masa nak pergi sekolah dan berdating setiap hari jumaat di perpustakaan awam bentong....
4) Aku nak tido sebab aku suka tido...hehehe..
5) Aku ni jenis susah nak bangun pagi even aku tidur awal pada malamnya..so, aku x janji yang aku boleh bangun sebelum subuh untuk kawad di Kem pelarian,eh,eh salah..PLKN..hehe
6) Aku nak luangkan sepenuh masa aku untuk beribadat kepada allah..hehe, konon je aku ni..
7) Aku nak rawat kulit muka aku yang berbelang-belang disebabkan aku pergi dan balik ke sekolah dengan berjalan kaki. Kalau pergi PLKN, gerenti aku jadi kuda belang takpun menjadi sepapat dengan orang yang tinggal di AFRIKA
8) Aku juga mahu menulis novel tentang kisah percintaan yang lain dari yang lain..cinta yang magik..korang tunggu jela..
9) Aku taknak menjadi mangsa dendaan para pengajar semasa berada di PLKN..aku ni cengeng so,aku segan kalau aku tiba2 nangis lak..hahaha
10) Untuk melengkapkan senarai, aku x mahu ke PLKN kerana aku memang x nak dan disebabkan senarai 1 hingga 9 diatas..harap maklum..

p/s: aku simpati dengan budak cina sekolah aku kerana majoriti yang pergi PLKN semuanya dari kaum mereka..so, mereka boleh sunburn kan kulit diorang...
: Izzati, Arif dan anak pengetua juga tidak terkecuali...






Monday, June 29, 2009

Aku Pendek..










aku agak bengang sikit hari ini disebabkan satu makhluk baru yang baru berpindah ke sekolah aku 2 minggu yang lepas..

Nape??
Cerita dia begini:

Aku ni tolong kawan aku uruskan pasal trip ke Melaka..
So, aku pegila ke blok kelas sains..
aku perlu cari orang untuk mengisi vacation yang tertinggal...
masa aku sibuk promote pasal rombongan ke Melaka ni dekat Tasya, Hayati, Afiqah..
tiba-tiba datang satu makhluk tuhan paling siot dekat kami..

masa aku sibuk promote tu, si makhluk siot tu tegur aku macam ni..

MS(makhluk siot) : Awk form 5 ke?...

Aku : Dengan tersenyum menjawab, ye saya form 5..nape??

MS : Saya ingat awk form 3..

Aku : Owh, saya nampak muda la ni?...aku ketawa sikit...

MS : Dengan muka macam nak makan orang...
tak...sebab awk pendek..serius gile muke die...

aku x dengar sangat dia cakap macam tu tapi bile Hayati pandang aku, aku jadi agak bengang..
aku wat muka selamba je..konon relax je tu...
tapi dalam hati tuhan je yang tahu..
aku tak kisah sangat dia nak cakap aku pendek sebenarye..
tap disebabkan dia budak baru dan x pernah cakap dengan aku..
tibe2 je nak kutuk aku pendek...

aku perasan yang mata dia memerhatikan aku dari atas tudung hingga hujung kain dengan muka macam tengah kebulur...haha..
em,
sekurang-kurangye tanya la nama aku and kenalkan diri dia..
tapi dia terus kutuk aku..
memang xde adab langsung...

so,
aku fikir positif..
dia jeleskan aku...hahaha
kalau aku fikir2 sangat, memang x idup la aku sebab aku pendek..huhu
kalau dia rasa dia tinggi dia cantik, terpulang la..
tapi, kalau lepas ni dia kutuk aku lagi..
aku bersedia dengan senjata aku untuk menyerang kembali..haha..

p/s : Makhluk siot itu terpaksa disembunyikan identitinya kerana untuk kebaikan semua pihak..dan kalau nak tau, makhluk siot itu memang tidak digemari ramai....siapa setuju angkat tangan...5 Beta dan 5 Alpha sangat mengerti siapa dia....


Thursday, June 18, 2009

Tag Berkala 1

1) Upload gambar yang anda rasa anda gila2 ketika itu and explain why gambar tu gila?

-gambar ni gila sebab aku tengah serabut dan saje2 membesarkan mata, mengepitkan mulut dan posing ala2 comel gitu....ahaks...


2) Kalau lah ditakdirkan kita kena berpindah dari Planet Bumi, Planet apa yang menjadi pilihan?
- Ak pilih Planet Uranus...sebab Planet tu cantik meh..siap ada gelang2 lagi...tapi bole suvive ke kt sane?..:-)


3) Apa yang anda akan nampak bila anda tengok bawah katil anda?
-Gerenti aku x nampak ape2 sebab aku tak gune katil kat bilik aku...letak tilam je...kalau jatuh mesti x
sakit...hehe..

4) Apa keistimewaan teman baik anda?
-Aku tiade teman baik..so, susah sikit nak describe..aku kawan dengan semua orang...

5) Apa keistimewaan teman lelaki anda?
-Senyuman dia kot..manis tahap coki2 la.....yg lain2 Rahsie kerajaan..

6) Senaraikan 5 orang yang ingin anda tag
Sila la ambik..
-sis mieya
-Khairun Nasehah
-Radiusi Maya Algebra
-Docter Apple
-Farah Syahirah
-Sesape yang nak ambik tag ni, ambik lah..
aku x kesah...aku murah hati...uhuks..