Tuesday, July 27, 2010

Keistimewaan Wanita Mengikut Hadis Rasulullah...

1.Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah saw akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah swt akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw) di dalam syurga.

5.Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan daripada pasar kerumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

7.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 

8.Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9.Daripada Aisyah ra, “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah daripada mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11.Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan didalam laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12.Aisyah ra berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah saw "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah saw, "Ibunya."

13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia daripada pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia kedalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10 000 tahun)

15.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1 000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1 000 kejahatan.

16.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah swt mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19.Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah swt memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah swt.

Adakah aku insomnia??



Masuk hari nih dah 3 malam aku x dapat tidur...kepala aku asyik pkir yg bukan2....mengarut2 sampaikan aku terpaksa beristighfar banyak kali....apa yang jadi kat aku ek?.....rase macam tersiksa tengok orang lain syok je tido tp aku x.....emm,sementara aku pelik kenapa aku xboleh tido ni, aku pun buat la sikit kajian ttg INSOMNIA ni....

Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan atau ketidakupayaan tidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif atau sakit fizikal mengakibatkan insomnia ni. Insomnia ni ada jenis2 gak.....antaranyer...:


1)Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
2)Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan

3)Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling serius; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.

So,pada pendapat korang la,aku ni tergolong dalam Insomnia jenis ap ek??....

Lidah yang Menggelikan......













haha....baru2 nih aku dapat email dari bpak saudara aku...aku terkejut tgok lidah pompuan ni yang panjang dan agak menggelikan sesape yang tgok.....aku tgok pon macam nak muntah jew.....

saje aku ltak dalam blog aku sebab nak kongsi pendapat ngan korang....

pe pendapat korang??.....diz picture are fake or real???.....


p/s:kalw rase nak muntah, pegila bilik air....jngan muntah depan blog aku......ahaks.......

Friday, March 26, 2010

Ya Allah....lame x usik blog aku nih....sian die....






Assalamualaikum n salam sejahtera....

Simpati aku melihat blog aku yang berhabuk dan dianaktirikan sebab adanya kehadiran Facebook...syok sgt aku layan Facebook sampai terlupa blog yang sekian lama menanti kehadiran aku untuk meng-updatekan dirinya...hehehe....
Ok...ckup entri ini....nak masuk yang baru...

Well....lepas habis spm aku rase happy sangat-sangat sebab x payah bgun awal untuk gerak kesekolah, x payah tension homework x siap lagi, x payah tension pasal duit...semuanya happy...
tapi x lama rase happy tu sebab x lame kemudian aku dapat rasekan keboringan melanda diriku...aku pernah nyatakan dalam entri aku sebelum ni yang x nak pergi plkn sebab banyak aktiviti yang aku nak lakukan...tapi itu semua berlalu bagai angin sepoi2 bahase.....



Kenapa aku cakap macam tuh, sebab aku tibe2 rindukan suasana sekolah, rindu kawan untuk senda gurau, rindu nak kene marah dengan cikgu, rindu nak wat nakal kat sekolah n everything about sekolah aku rindu....

Well, i miss my friends....aku rindukan Alyani, Ayu, Izzatul, Atikah, Aini, Sufina, Farah, and Nadira... baru2 ni izzatul ada tag gambar2 kiteorang dalam facebook....

Kredit too izzatul

Dan sekarang kalau nak menangis nak mengenangkan pekara2 yang pernah terjadi kat sekolah dulu x guna dah...masa itu dah berlalu...sekarang kene fokus ke hadapan, bina hidup baru....aku ni pada awalnye adalah budak anti pegi sekolah tapi baru sekarang aku sedar yang sekolah banyak mengajar aku menjadi 'orang'...bukanya pelesit ataupun yang same waktu denganya...

I LOVE YOU ALL MY FRIENDS....