Tuesday, July 27, 2010

Adakah aku insomnia??



Masuk hari nih dah 3 malam aku x dapat tidur...kepala aku asyik pkir yg bukan2....mengarut2 sampaikan aku terpaksa beristighfar banyak kali....apa yang jadi kat aku ek?.....rase macam tersiksa tengok orang lain syok je tido tp aku x.....emm,sementara aku pelik kenapa aku xboleh tido ni, aku pun buat la sikit kajian ttg INSOMNIA ni....

Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan atau ketidakupayaan tidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif atau sakit fizikal mengakibatkan insomnia ni. Insomnia ni ada jenis2 gak.....antaranyer...:


1)Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
2)Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan

3)Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling serius; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.

So,pada pendapat korang la,aku ni tergolong dalam Insomnia jenis ap ek??....

No comments:

Post a Comment